Isnin, 27 Oktober 2014

Kencing Kotor Yang Menyakitkan

Apa itu UTI?
UTI atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing kotor adalah jankitan kuman yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang, salur kencing,ureter, dan urethra. Wanita hamil amat mudah dijangkiti penyakit UTI atas beberapa faktor;
  1. Perubahan hormon yang tinggi ketika hamil akan menyebabkan beberapa perkara yang menjurus kepada masalah kencing kotor. antaranya ialah;
  • kekuatan saluran kencing ureter dab pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ia merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • Rahim makin membesar dan menekan salur kencing ureter  daripada luar menyebabkan pergerakan air kencing tersekat
  • Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula 
Bagimana UTI boleh menjejaskan bayi anda?
  • Kemungkinan kelahiran awal
  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan