Isnin, 27 Oktober 2014

Hipertensi Musuh Utama

Wanita hamil akan dikategorikan mengalami masalah hipertensi apabila tekanan darahnya mencatat 140/90 mmHG. Hipertensi semasa mengandung dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu;
  1. Hipertensi sedia ada
  2. Hipertensi akibat mengandung
  3. Pra-eklamsia
Siapa yang berisiko mendapat hipertensi?
  • Wanita berumur 40 tahun ke atas
  • BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal kandungan
  • Faktor genetik atau sejarah
  • Kandungan pertama 
  • Kandungan kembar
  • Penyakit hydrops dengan uri yang besar
  • jarak antara kandungan yang lama
 Bagaimana hipertensi boleh menjejaskan bayi anda?


  1. Mengalami kelemasan dalam perut
  2. uri terpisah dari dinding rahim
  3. membantutkan pembesaran janin 
  4. kematian bayi dalam perut
Bebas dari gejala hipertensi
  • Sebelum hamil, kawal tekanan darah anda. Aktifkan bersenam demi mendapatkan tahap kesihatan yang maksimum.
  • Turunkan berat badan jika obesiti
  • Jika telah hamil hindari dari gaya hidup tidak sihat sperti ambil alkohol dan merokok
  • Jalani pemeriksaan dan amalkan rawatan yang disyorkan oleh doktor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan