Isnin, 27 Oktober 2014

Kencing Kotor Yang Menyakitkan

Apa itu UTI?
UTI atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing kotor adalah jankitan kuman yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang, salur kencing,ureter, dan urethra. Wanita hamil amat mudah dijangkiti penyakit UTI atas beberapa faktor;
  1. Perubahan hormon yang tinggi ketika hamil akan menyebabkan beberapa perkara yang menjurus kepada masalah kencing kotor. antaranya ialah;
  • kekuatan saluran kencing ureter dab pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ia merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • Rahim makin membesar dan menekan salur kencing ureter  daripada luar menyebabkan pergerakan air kencing tersekat
  • Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula 
Bagimana UTI boleh menjejaskan bayi anda?
  • Kemungkinan kelahiran awal
  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat

Hipertensi Musuh Utama

Wanita hamil akan dikategorikan mengalami masalah hipertensi apabila tekanan darahnya mencatat 140/90 mmHG. Hipertensi semasa mengandung dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu;
  1. Hipertensi sedia ada
  2. Hipertensi akibat mengandung
  3. Pra-eklamsia
Siapa yang berisiko mendapat hipertensi?
  • Wanita berumur 40 tahun ke atas
  • BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal kandungan
  • Faktor genetik atau sejarah
  • Kandungan pertama 
  • Kandungan kembar
  • Penyakit hydrops dengan uri yang besar
  • jarak antara kandungan yang lama
 Bagaimana hipertensi boleh menjejaskan bayi anda?


  1. Mengalami kelemasan dalam perut
  2. uri terpisah dari dinding rahim
  3. membantutkan pembesaran janin 
  4. kematian bayi dalam perut
Bebas dari gejala hipertensi
  • Sebelum hamil, kawal tekanan darah anda. Aktifkan bersenam demi mendapatkan tahap kesihatan yang maksimum.
  • Turunkan berat badan jika obesiti
  • Jika telah hamil hindari dari gaya hidup tidak sihat sperti ambil alkohol dan merokok
  • Jalani pemeriksaan dan amalkan rawatan yang disyorkan oleh doktor.

Bahaya Chicken Pox

Ramai yang tidak tahu tentang bahaya diserangVirus Vericella(cacar air) atau lebih hingga dikenali sebagai chicken pox ketika sedang hamil. Ia amat berbahaya dan boleh membahayakan nyawa fetus dan ibu jika tidak ditangani dengan betul.

BAGAIMANA BOLEH MENJEJASKAN BAYI DAN ANDA?
  • Ibu boleh mengalami masalah pneumonia atau paru-paru berair
  • ibu yang mengalami jangkitan cacar air atau vericella pada 8 hingga 20 minggu kehamilanmempunyai risiko sebanyak 2% untuk bayinya mendapat jangkitan semasa berada didalam kandungan.
  • Bayi didalam kandungan mempunyai risiko kecacatan anggota badan iaitu kaki, tangan atau mata atau dikenali sebagai congenital vericella syndrom.
  • Fetus juga kemungkinan sama akan mendapat parut selepas dilahirkan.
  • berat bayi boleh jdi tidak normal pada paras yang sepatutnya

8 Komplikasi berbahaya semasa hamil


Sepanjang 40 minggu kehamilan, tubuh mengalamai perbagai perubahan. Komplikasi ketika hamil tentunya merungsikan bakal ibu. Paling dibimbangkan kesan komplikasi kepada ibu sendiri, bayi yang dikandung dan risiko yang terpaksa didepani selepas kelahiran kelak.

ANEMIA ANCAM NYAWA

anemia adalah antara penyakit yang sering dihidapi oleh wanita hamil. Penyakit ini serius kerana ia melibatkan kekurangan sel darah merah yang menjadi agen pengangkut oksigen pertama ke seluruh badan terutama sekali kepada fetus yang sedang dikandungi. Keadaan ini disebabkan oleh anemia.
Menurut Dr Ummul Wahiy, badan menghasilkanlebih banyak darah untuk menyokongperkembangan Fetus. "Ramai ibu yang mengambil mudah hal ini sedangkan ia boleh memudaratkan nyawa ibu dan anak. Ada ibu-ibu yang enggan mengambil pil-pil yang dibekalkan dengan alasanbayi akan besar" Kata beliau.


SIAPA YANG BERISIKO MENGHIDAP AMENIA?
  • Wanita yang hamil kembar
  • Wanita yang hamil terlalu rapat
  • Kerap muntah kerana alahan mengandung
  • Ibu muda yang berusia belasan tahun
  • Tidak mengambil makanan yang kaya dengan zat besi
  • Mengalami haid yang banyak semasa hamil
BAGAIMANA AMENIA MENJEJASKAN BAYI DAN ANDA?
  • Punca utama pendarahan semasa melahirkan bayi
  • mengakibatkan kelahiran bayi pra-matang atau berat bayi yang terlalu rendah ketika kelahiran
  • meroyan selepas bersalin.
BEBAS DARIPADA GEJALA ANEMIA

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan amenia ialah;
  • makan sayur-sayuran hijau
  • mengambil daging merah, ayam dan ikan
  • minum susu
  • ambil bijiran yang diperkaya dengan zat besi
  •  makan telur dan kekacang